Merujuk kepada perkara di atas, saya Ustaz Hj Ahmad Mahfuz Bin Hj Amin selaku Mudir di Akademi Darul Huffaz Darul Quran, Pusat Bimbingan Ummah (PBU) dengan rendah hati ingin memohon jasa baik pihak puan untuk membantu memberikan sumbangan dana. Sumbangan ini adalah untuk membantu meringankan beban dan tanggungan kami untuk membiayai pembelian asrama di PBU.
2. Untuk makluman, PBU telah berjaya mendapatkan hak milik dua buah bangunan asrama yang diberi nama Asrama Khadijah dan Asrama Maimunah. Bangunan asrama tersebut telah digunakan semenjak 10 tahun lalu sebagai kediaman penuntut Kem Warga Emas, asrama pelajar perempuan Kem Tahfiz Bulanan & Tahunan & penempatan anak-anak yatim. Pemilikan bangunan asrama tersebut adalah melalui sumbangan wakaf dan pinjaman dari orang awam dan pihak-pihak tertentu yang berjumlah RM 285,000 dimana RM 70,000 adalah dari sumbangan wakaf dan bakinya RM 215,000 adalah pinjaman.
3. Mengikut perancangan awal, pihak PBU ingin menjelaskan pinjaman yang diberikan tersebut dengan secepat mungkin. Walaubagaimanapun, terdapat kekangan dan halangan yang menyebabkan kami tidak mampu untuk berbuat demikian. Oleh yang demikian, saya merayu kepada mana-mana individu untuk menghulurkan sumbangan atau wakaf bagi menyelesaikan masalah tersebut.
4. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik dari pihak puan untuk memberikan bagi menyiapkan dewan serbaguna untuk aktiviti pelajar yang masih terbengkalai. Kosnya adalah dianggarkan sebanyak RM 25,000. Untuk makluman, pihak kami baru sahaja membina sebuah dewan belajar bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Dengan terbinanya dewan tersebut diharapkan akan menambahkan lagi keselesaan pelajar yang menyertai kem ini. 5. Dengan ihsan, saya sekali lagi merayu dan berharap agar pihak puan dapat memanjangkan hasrat kami ini kepada sanak saudara dan sahabat handai untuk membantu pihak PBU dengan seikhlas hati. Sehubungan dengan itu, kepada setiap individu atau pihak tertentu yang berhasrat memberikan sumbangan wakaf bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Hj Ahmad Mahfuz (019-4220428) atau menyalurkan sumbangan/wakaf tersebut terus ke akaun seperti yang tertera di bawah. Perhatian dan jasa baik pihak puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Nama Akaun : PUSAT BIMBINGAN UMMAH Akaun : MAYBANK No Akaun : 558042800170
Sekian,
Terima Kasih
Yang Benar
(Ustaz Hj Ahmad Mahfuz Bin Hj Amin) Mudir, Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Pusat Bimbingan Ummah.
DEWAN UTAMA TAHFIZ PERDANA YANG MASIH DALAM PENYELENGARAAN
UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI KEM TAHFIZ PERDANA 2011 SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH